RUANGAN JAWAPAN

  <kembali>   <seterusnya>                                                                                                                                                   

Pada masa kini terdapat bnyk masalah yg berkaitan dengan agama.oleh itu pada ruangan ini anda yg menghantar masalah boleh baca disini,dan bg anda yg hanya ingin membaca jadikanlah ia sebagai satu iktibar atau pengajaran dlm hidup kita.InsyaAllah

SOALAN

1.ibadah
2.tauhid
3.muamalat

 

  Soalan Mengenai-Tauhid-Ibadah-Muamalat

 

 

 

Ibadah

Nama Nuzaimah Bt Abd Halim
E-mail zaiey_476@yahoo.com
Soalan Bilakah waktunya melakukan solat qasar, adakah setelah perjalanan sejauh dua marhalah?  Bolehkah diqasarkan solat sebelum perjalanan bermula?
Jawapan

  Waktu dibolehkan kepada seseorang yang ingin bermusafir mengqasarkan solatnya ialah setelah keluar dari kawasan kampungnya. Setelah melepasi bangunan terakhir di kampungnya, di situ barulah ia dibolehkan mengqasarkan solatnya. Inilah pendapat majoriti ulamak Islam termasuk imam Asy-Syafii. Pendapat yang mengatakan boleh mengqasarkan solat di rumah sebaik sahaja seseorang itu berniat hendak musafir adalah pendapat yang dikemukakan oleh imam Ata'.

    Walaubagaimanapun pendapat imam Ata' ini sangat lemah dan ditolak oleh majoriti ulamak. Dengan ini dapatlah disimpulkan menurut majoriti ulamak masa yang dibolehkan mengqasarkan solat ialah selepas seseorang itu keluar dari kampung halamannya dengan melepasi bangunan terakhir di kampungnya itu.

 

keatas

 

Tauhid

Nama

Nurul Azma Bt Bakarudin

E-mail emmacadbury@yahoo.com
Soalan

Boleh tak tolong terangkan apakah yang dimaksudkan dengan syirik?Dan boleh tolong terangkan hukum syirik.

Jawapan

Menurut bahasa: Syirik adalah sebuah kata yang digunakan untuk mengungkapkan sesuatu yang terjadi antara dua orang atau lebih.

Menurut istilah syar’i: Syirik kepada Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa maksudnya menjadikan sekutu bagi Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa, baik dalam rububiyahnya ataupun uluhiyahnya, tetapi istilah syirik lebih sering digunakan untuk syirik dalam uluhiyahnya.

Atau: menyamakan selain Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa dengan Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa dalam hal-hal yang menjadi hak Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa.

Hukum syirik pula Syirik adalah larangan Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa yang paling besar. Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa berfirman dalam surat An Nisaa` ayat 36:  

“Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.”  

Syirik juga merupakan perbuatan haram yang pertama (harus ditinggalkan). Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa berfirman dalam surat Al An’aam ayat 151:  

“Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar". Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya).”

 

keatas

 

Muamalat

Nama Nurul Hayah Bt Rozlan
E-mail nur_hayah84@yahoo.com
Soalan Tolong jelaskan istilah riba' mengikut al-Quran dan Sunnah.Dan apa pula pandangan mengenai  pencampuran dalam sesebuah bank itu ada dua kuanter,non islam dan islamic banking.
Jawapan

Pengharaman Riba di dalam Al-Quran telah dinyatakan melalui empat ayat yang telah diwahyukan Allah subhanahu wa ta'aala secara berasingan. Bermula dengan Ar-Rum(30):39, An-Nisa(4):161, Al-Imran(3):130-132 dan akhir sekali Al-Baqarah(2):275-281. Di dalam ayat 275 dr Surah Al-Baqarah, Allah subhanahu wa ta'aala swt telah mengharamkan Riba secara terang dan menyatakan jual-beli sebagai ganti.

Berkenaan percampuran urusniaga di conventional banks, adalah menjadi tanda tanya mengapa harus mereka menyediakan conventional financing sedangkan secara terang system ini melibatkan interest (sebahagian drp elemen riba) dan riba itu haram dari sisi Islam. Sukacita saya ingatkan bahawa interest itu riba tetapi bukan semua riba itu interest kerana riba juga boleh berlaku dlm situasi yg berbeza mahu pun dikenali dgn panggilan yang lain. Oleh sebab itulah, apa yg kita mahu kan ialah Riba-Free Economy bukannya Interest-Free Economy.

Tetapi jika dilihat dr perspektif pengguna, kita punyai pilihan sama ada menggunakan khidmat conventional financng atau pun Islamic financing. Sekiranya kita memilih Islamic financing drp mana2 conventional banks, maka tanggungjawab kita sebagai pengguna terlepas selagi mana kita tahu bank tersebut melaburkan wang kita ke kaunter2 yg dibenarkan Islam dan perkara ini telah pun dipersetujui oleh kedua-dua pihak melalui kontrak yg ditandatangani.

 

keatas