RUANGAN JAWAPAN

    <kembali>  <seterusnya>                                        

Gejala sosial dan pergaduhan dalam intitusi keluarga bukanlah perkara asing kini.Oleh itu ilmu pengurusan keluarga amat penting bg membendung masalah-masalah ini.Buat pengetahuan anda setiap masalah yg diajukan pada ruangan ini telah dijawab oleh ustaz yang telah diamanahkan oleh pihak kami untuk menjawab setiap kemusykilan anda.

SOALAN

1.remaja
2.keluarga
3.fardu ain

 

     Soalan Mengenai-Remaja-Keluarga-Fardu Ain

 

 

 

Remaja

Nama Nuzaimah Bt Abd Halim
E-mail zaiey_476@yahoo.com
Soalan

Apakah punca berlakunya masalah sosial dikalangan remaja?dan  bagaimana untuk menangani masalah ini?.............saya rasa gejala ini telah berleluasa dan membimbangkan ramai pihak.

 
Jawapan

Sebab-sebab berlakunya masalah sosial yang melanda  remaja pada masa kini terjadi daripada beberapa faktor. Antaranya kurang didikan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa, pengaruh media cetak dan media elektronik yang banyak mempengaruhi pemikiran remaja, pengaruh atau ugutan  daripada rakan sebaya , kurang cara perubahan hidup di bandar metropolitan bagi remaja desa yang berhijrah ke bandar,
Dan mempunyai sikap yang ingin mencuba sesuatu yang tidak baik.

    Dan cara untuk mengatasi masalah ini ialah peranan penting daripada ibu bapa. Ibu bapa harus memberikan sepenuh kasih sayang dan didikan agama yang mencukupi untuk anak2 agar mereka akan menjadi insan yang berguna, pihak kerajaan yang mengadakan motivasi dan ceramah kepada remaja serta menjalankan beberapa program untuk menarik minat remaja, pihak sekolah juga penting dalam melibatkan diri mengatasi masalah ini dengan mengadakan kaunseling pada remaja dan mengadakan aktiviti lepas sekolah dan golongan dewasa juga harus menujuk teladan yang baik kepada golongan remaja, agar mereka tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
 

 

ke atas

 

KELUARGA

Nama Nurul Hayah Bt Rozlan
E-mail nur_hayah84@yahoo.com
Soalan saya ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai masalah konflik rumahtangga
Jawapan Di antara punca berlaku konflik rumahtangga ialah :
1. Suami dan isteri tidak sehaluan.
2. Tidak menunaikan amanah / tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri.
3. Pasangan tidak menghayati agama dengan baik / tidak berpegang dengan panduan agama dalam kehidupan berumahtangga.
4. Masalah kesihatan dan lain-lain

ke atas

 

 

 

 

FARDU AIN

Nama Nurul Azma Bt Bakarudin
E-mail blossom_girl84@yahoo.com
Soalan Saudara saya (lelaki) mewarnakan rambutnya dgn pewarna yg terdapat di pasaran. Saya ada melihat tanda halal (JAKIM) pada kotak pewarna rambut yg dijual di farmasi. Bolehkah dia (lelaki) atau saya mewarnakan rambut kerana saya rasa ia kelihatan lebih cantik, bersinar, dan menarik perhatian. Apakah warna pewarna yg dibolehkan? Saya bercadang utk mengguna.
Jawapan

Tanda halal yang dikeluarkan oleh JAKIM itu adalah bagi memastikan halal dimakan atau digunakan.Jika seorang perempuan itu menggunakan warna ini bagi bertujuan menunjuk-nunjuk maka hukumnya haram.Warna hitam haram digunakan.

 

ke atas