Laman utama>doa>tajwid
TAJWID |
Tingkatan
bacaan al-quran
Bacaan
yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang
tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung
makna, hukum dan pengajaran daripada ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi
mereka yang sudah mengenal makhraj- makhraj huruf,sifat-sifat huruf dan
hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan,
berdasarkan firman Allah s.w.t
[1]
( ورتلنه
ترتيلا ) Maknanya: telah kami (Allah)
membacakannya (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) secara tartil
Bacaannya
seperti Tartil Cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf
daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan
ini biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca Al-Quran, supaya mereka dapat
melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul. 3.
Al-Hadar ( الحدر)
4.
At-Tadwir( التدير) Bacaan
yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara
hukum-hukum bacaan Tajwid.
|
MAKHRAJ-MAKHRAJ
HURUF |
Makhraj
ialah tempat menahan / menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Huruf
yang dimaksudkan ialah huruf hijaiyah bahasa arab yang mengandungi 28 huruf.
Menurut pendapat iman Al-Khalil bin Ahamad dan kebanyakkaan ahli Qiraat dan
ulamak nahu antaranya imam Ibn Al-Jazari jumlah
bilangan makhraj yang umum / terbahagi kepada lima bahagian.
Kemudian daripada makhraj
yang umum lima bahagian ini, dipecah-pecahkan menjadi jumlah sebanyak tujuh
belas makhraj pecahan. Penerangan adalah seperti berikut: ·
1.Makhraj
pertama: Dari rongga keronkong hingga rongga mulut, keluar daripadanya huruf
mad: Alif(ا) Wau( و)
dan ya’( ي), iajuga digelarkan
huruf lingkungan udara( هوائية
), kerana ketiga-tiga huruf ini berakhir dengan hembusan udara daripada
paru-paru melalui saluran angin rongga keronkong hingga rongga mulut, atau
digelarkan huruf lingkungan rongga( جوفية
). ·
2.Makhraj kedua:
Pangkal kerongkong, keluar daripadanya huruf hamzah( ء
) dan ha’( ه ). ·
3.Makhraj
ketiga:Tengah kerongkong keluar daripadanya huruf ‘ain( ع
) dan ha’( ح ). ·
4.Makhraj
keempat:hujung kerongkong(sebelah atas dekat lingkungan anak lidah), keluar
daripadanya huruf ghain( غ) dan kha’(
خ). ·
5.Makhraj
kelima:Pangkal lidah, apabila pangkal lidah diangkat ke langit-langit lembut
ditekankan pada anak lidah, keluar daripadanya huruf qaf(ق
). ·
6.Makhraj
keenam: Pangkal lidah keluar sedikit daripada makhraj huruf qaf,
keluardaripadanya huruf kaf(ك ). Kedua-dua huruf ini: Qaf(
ق) dan kaf( ك)
juga digelarkan huruf lingkungan anak
lidah( لهوية
)kerana keluar daripadanya lingkungan tersebut. ·
7.Makhraj
ketujuh:Pertengahan daun lidah, apabila ia diangkat menekan pada langit-langit
keras, kemudian tekanan udara terkeluar daripadanya terjadilahtempat keluar
huruf jim( ج), syin( ش)
dan ya’( ي). Ketiga-tiga huruf ini
digelarkan huruf lingkungan pertengahan daun lidah( شجرية
),kerana keluarnya daripadanya lingkungan tersebut. ·
8.Makhraj
kelapan: sepanjang tepi lidah yang ditekankan pada geraham atas, sebelah kiri
atau sebelah kanan, keluar daripadanya huruf dad( ض
), ia adalah makhraj huruf yang paling susah disebut, ia juga digelarkan huruf
lingkungan tepi lidah (جنبية
) kerana keluarnya lingkungan tersebut. ·
9.Makhraj
kesembilan : tepi hujung lidah, apabila ia diangkat kelangit keras menekan
pada gusi gigi depan sebelah atas yang menjadi tempat sekatan udara, kemudian
menekan udara yang berada dalam rongga mulut keluar daripada
sekatan, maka keluar daripadanya lafaz bunyi lam(ل).
·
10.Makhraj
kesepuluh: tepi hujung lidah, apabila ia diangkat pada langit-langit keras
menekan pada gigi depan atas( berdekatan dengan makhraj lam) yang menjadi
tempat sekatan udara, dan langit-langit lembut diturunkan untuk menekan udara
yang berada dalam rongga mulut dan keluar melalui mulut dan hidung, maka
keluar daripada bunyi nun( ن )yang
berdengung. ·
11. Makhraj
kesebelas: tepi hujung lidah berdekatan dengan makhraj nun serta melencong ke
belakang tepi hujung lidah , keluar daripadanya huruf ra’(ر
). Ketiga-tiga huruf ini: lam(ل
), nun(ن ) dan ra’(ر
) juga digelarkan huruf lingkungan tepi hujung
lidah( ذلكية
) kerana keluarnya daripada lingkungan tersebut. ·
12.Makhraj
kedua belas:hujung lidah yang diangkat menekan pada gusi gigi gunting atas,
keluar daripadanya huruf ta’( ط ),dal(د
)dan ta’( ت).Cuma tekanan udara
pada makhrajnya yang berlainan menyebabkan sebutan itu kuat atau lemah,
diantaranya huruf ta’(ط) yang
paling kuat,berikutan huruf dal( د).ketiga-tigahurufini
juga digelarkan huruf lingkungan langit-langit keras(نطعية
)kerana keluarnya daripada langit-langit keras(bahagian gusi gunting
atas) dengan tekanan hujung lidah padanya. ·
13.Makhraj
ketiga belas:Hujung lidah yang ditekankan pada belakang gigi gunting bawah, di
antara bahagian depan lidah dan langit-langit keras, keluar daripadanya huruf
sad( ص ), sin( س
) dan zay(ز). Cuma tekanan udara
pada makhrajnya yang berlainan
menyebabkan sebutan huruf itu kuat atau lemah,di antaranya huruf sad( ص
)yang paling kuat, berikutnya huruf zay( ز
).ketiga-tigahuruf inijuga digelarkan huruf lingkungan hujung lidah( أسلية
) kerana keluar daripadanya lingkungan tersebut. ·
14.Makhraj
keempat belas:Hujung lidah yang dikeluarkan terletak diantara hujung gigi
gunting atas dan hujung gigi gunting bawah, dimana tekanan hujung lidah pada
hujung gigi gunting atas, keluar daripadanya huruf za’( ظ
), zal( ذ )dan tha’( ث
). Cuma tekanan udara pada makhrajnya yang berlainan menyebabkan sebutan itu
kuat atau lemah,diantaranya huruf za’(
ظ
), yang paling kuat atau lemah, berikutnya huruf zal( ذ
). Ketiga-tiga huruf ini juga digelarkan huruf linkungan gusi( لثوية
) kerana keluarnya daripada hujung lidah dan kawasan hujung gigi gunting atas
membetulkan kedudukan gusi. Daripada
makhraj kelima hingga makhraj keempat belas (sebanyak sepuluh makhraj), keluar
daripadanya sebanyak lapan belas huruf, semuanya dikira daripada bahagian
lidah. ·
15.Makhraj
kelima belas: Bibir mulut dalam sebelah bawah diangkat mengenai hujung gigi
gunting atas, keluar daripadanya huruf fa’(
ف
). ·
16. Makhraj
keenam belas: Dua bibir mulut apabila bila dibulatkan muncung kehadapan ecara
terbuka, keluar daripadanya huruf wau( و
) dan apabila dua bibir dirapatkan secara ringan, keluar daripadanya huruf ba’(
ب )dan min( م
). Keempat-empat huruf ini: fa’( ف
), wau( و ), ba’( ب
)dan min( م )juga digelarkan huruf
lingkungan bibir mulut( شفوية
) kerana keluarnya daripada lingkungan tersebut. ·
17.Makhraj
ketujuh belas: pangkal hidung, apabila tepi hujung lidah diangkat
kelangit-langit keras menekan pada gusi gigi depan sebelah atas yang menjadi
tempat sekatan udara, dan langit-langit lembut diturunkan, kemudian menekan
udara dari paru-paru melalui rongga kerongkong, langit-langit lembut dan masuk
ke hidung dan keluar, maka keluarlah daripadanya bunyi dengung(sengau) bagi
huruf nun( ن ). Apabila dua bibir
mulut ditutupmenjadi sekatan udara dan langit-langit lembut diturunkan,
kemudian menekan udara dari paru-paru melalui rongga kerongkon, langit-langit
lembut dan masuk ke hidung dan keluar, maka keluarlah daripadanya bunyi
dengung bagi huruf mim( م ). Hnaya
huruf nun( ن ) dan huruf mim( م
)yang bersifat degung. Mengenai tertib kesempurnaan dengung kedua-duanya sila
rujuk tajuk “hukum nun dan mim bersabdu(bertasdid)”
|