RUANGAN JAWAPAN

   <kembali>  <seterusnya>                                 

                                                                                                                                            

Membaca alQuran adalah salah satu ibadat yang banyak kelebihannya sebagaimana yang di perkatakan dalam hadis Rasulullah. Perlu diingatkan bahawa tiada jalan mudah untuk mempelajari tajwid melainkan dengan cara mendengar dan memperdengarkan bersama guru yang mursyid.

SOALAN

1.bacaan

2.tajwid

 

 

Soalan Mengenai Bacaan Al-Quran - Tajwid

 

 

 

Bacaan

Nama Nuzaimah Bt Abd Halim
E-mail zaiey_476@yahoo.com
Soalan

Apakah hukumnya membaca al-Quran jika semasa membacanya terdapat  kesalahan dalam tajwid?Masalahnya saya tidak begitu arif tentang tajwid dan kurang lancar dari segi pembacaannya.       

 
Jawapan  Menurut Ibnu Al Jazari Al-Quran wajib dibaca secara tajwid. "Berdosalah membaca tanpa tajwid, sebab itulah cara ia diturunkan dan begitulah kepada kita ia disampaikan". Hendaklah membaca Al-Quran dengan tartil iaitu membacanya dengan sebutan yang betul (dengan mengeluarkan huruf daripada makhrajnya dan membaca menurut hukum-hukum tajwid) dan membaca dengan lambat-lambat, kerana maksud membaca Al-Quran itu ialah dengan tadabbur atau berfikir dan tiadalah dia diperolehi jika dibaca dengan cepat.Menurut Ibnu Al Jazari Al-Quran wajib dibaca secara tajwid. "Berdosalah membaca tanpa tajwid, sebab itulah cara ia diturunkan dan begitulah kepada kita ia disampaikan". Hendaklah membaca Al-Quran dengan tartil iaitu membacanya dengan sebutan yang betul (dengan mengeluarkan huruf daripada makhrajnya dan membaca menurut hukum-hukum tajwid) dan membaca dengan lambat-lambat, kerana maksud membaca Al-Quran itu ialah dengan tadabbur atau berfikir dan tiadalah dia diperolehi jika dibaca dengan cepat.

    Membaca dengan tartil itu adalah amat memberi kesan dalam hati dan lebih layak untuk berfikir dan memahaminya. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan tartilkanlah bacaan Al-Quran dengan sempurna". (Surah Al Muzammil ayat 4)     Berusahalah mempelajari tajwid semampu yang boleh,  dengan ikhtiar itu setidak-tidaknya telah menyelamatkan kita daripada membuat kesalahan dalam membaca Al-Quran. Seandainya masih terdapat kesilapan dan kesalahan kita berserah kepada Allah.

Bacalah AlQur'an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pembela kepada orang yang mempelajari dan memtaatinya.
(Muslim)

 

ke atas

 

 

 

 

TAJWID

Nama Haris B.Mohd
E-mail arieys_840824@yahoo.com
Soalan Saya merupakan seorang pelajar yangingin tahu akan cara-cara yang berkesan untuk menghafal Al Quran, seperti waktu yang sesuai untuk menghafal, pantang-pantang dan sebagainya.
Jawapan     Cara menghafalnya pula berbagai-bagai. Namun kaedah biasa ialah dengan mengulangi 2-3 ayat secara melihat kepada Al-Quran kemudian cuba mengingatinya, setelah itu bolehlah berpindah ke ayat-ayat yang lain. Untuk menguatkan hafalan, anda dikehendaki mengulanginya selalu. Kalau boleh bacakan ayat-ayat yang telah dihafal di dalam solat fardu atau sunat rawatib. Harus diingat menghafal ayat yang baru adalah lebih mudah dari menjaga ayat yang telah dihafal.Rasulullah saw  pernah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim bahawa"sesungguhnya Al-Quran lebih cepat luput dari hati dari hilangnya unta yang terlepas dari ikatannya"Anda hendaklah juga menjaga makanan, agar tidak memakan makanan yang haram atau syubhah, kerana ia boleh memberi kesan kepada mutu hafalan.    Perbanyakkan ibadat sunat dan solat hajat. Jika anda merasa masih terlalu susah hendak menghafal cuba lakukan solat ini

ke atas