Laman utama>doa>tajwid

TAJWID

Tingkatan bacaan al-quran .Terdapat empat tingkatan atau martabat bacaan al-quran iaitubacaan dari segi cepat atau perlahan:

  1. At-tartil(ألترتيل ) :

Bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj- makhraj huruf,sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan, berdasarkan firman Allah s.w.t    [1]  ( ورتلنه ترتيلا ) Maknanya: telah kami (Allah) membacakannya (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) secara tartil

  1. At-Tahqiq (التحقيق )

Bacaannya seperti Tartil Cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca Al-Quran, supaya mereka dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.

3.      Al-Hadar ( الحدر)

Bacaan yang cepat serta memeli8hara hukum-hukum bacaan Tajwid. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al-Quran, supaya mereka dapat mengulangi bacaannya dalam masa yang singkat.

4.       At-Tadwir( التدير)

Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.  

 

MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF  

Makhraj ialah tempat menahan / menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Huruf yang dimaksudkan ialah huruf hijaiyah bahasa arab yang mengandungi 28 huruf. Menurut pendapat iman Al-Khalil bin Ahamad dan kebanyakkaan ahli Qiraat dan ulamak nahu antaranya imam Ibn Al-Jazari         jumlah bilangan makhraj yang umum / terbahagi kepada lima bahagian.

  1. Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong. الحلق
  2.  Bahagian kerongkong. الجوف
  3. Bahagian lidah. اللسان
  4. Bahagian bibir mulut. Bahagian hidung (Khaisyum).الخيشوم

Kemudian daripada makhraj yang umum lima bahagian ini, dipecah-pecahkan menjadi jumlah sebanyak tujuh belas makhraj pecahan. Penerangan adalah seperti berikut:

·         1.Makhraj pertama: Dari rongga keronkong hingga rongga mulut, keluar daripadanya huruf mad: Alif(ا) Wau( و) dan ya’( ي), iajuga digelarkan huruf lingkungan udara( هوائية  ), kerana ketiga-tiga huruf ini berakhir dengan hembusan udara daripada paru-paru melalui saluran angin rongga keronkong hingga rongga mulut, atau digelarkan huruf lingkungan rongga(  جوفية  ).

·         2.Makhraj kedua: Pangkal kerongkong, keluar daripadanya huruf hamzah( ء ) dan ha’( ه ).

·         3.Makhraj ketiga:Tengah kerongkong keluar daripadanya huruf ‘ain( ع ) dan ha’( ح ).

·         4.Makhraj keempat:hujung kerongkong(sebelah atas dekat lingkungan anak lidah), keluar daripadanya huruf ghain( غ) dan kha’( خ).

·         5.Makhraj kelima:Pangkal lidah, apabila pangkal lidah diangkat ke langit-langit lembut ditekankan pada anak lidah, keluar daripadanya huruf qaf(ق ).

·         6.Makhraj keenam: Pangkal lidah keluar sedikit daripada makhraj huruf qaf, keluardaripadanya huruf kaf(ك ).

Kedua-dua huruf ini: Qaf( ق) dan kaf( ك) juga digelarkan huruf lingkungan       anak lidah( لهوية )kerana keluar daripadanya lingkungan tersebut.

·         7.Makhraj ketujuh:Pertengahan daun lidah, apabila ia diangkat menekan pada langit-langit keras, kemudian tekanan udara terkeluar daripadanya terjadilahtempat keluar huruf jim( ج), syin( ش) dan ya’( ي). Ketiga-tiga huruf ini digelarkan huruf lingkungan pertengahan daun lidah( شجرية ),kerana keluarnya daripadanya lingkungan tersebut.

·         8.Makhraj kelapan: sepanjang tepi lidah yang ditekankan pada geraham atas, sebelah kiri atau sebelah kanan, keluar daripadanya huruf dad( ض ), ia adalah makhraj huruf yang paling susah disebut, ia juga digelarkan huruf lingkungan tepi lidah (جنبية ) kerana keluarnya lingkungan tersebut.

·         9.Makhraj kesembilan : tepi hujung lidah, apabila ia diangkat kelangit keras menekan pada gusi gigi depan sebelah atas yang menjadi tempat sekatan udara, kemudian menekan udara yang berada dalam rongga mulut keluar daripada  sekatan, maka keluar daripadanya lafaz bunyi lam(ل).

·         10.Makhraj kesepuluh: tepi hujung lidah, apabila ia diangkat pada langit-langit keras menekan pada gigi depan atas( berdekatan dengan makhraj lam) yang menjadi tempat sekatan udara, dan langit-langit lembut diturunkan untuk menekan udara yang berada dalam rongga mulut dan keluar melalui mulut dan hidung, maka keluar daripada bunyi nun( ن )yang berdengung.

·         11. Makhraj kesebelas: tepi hujung lidah berdekatan dengan makhraj nun serta melencong ke belakang tepi hujung lidah , keluar daripadanya huruf ra’(ر ).

      Ketiga-tiga huruf ini: lam(ل ), nun(ن ) dan ra’(ر ) juga digelarkan huruf lingkungan tepi hujung         lidah( ذلكية ) kerana keluarnya daripada lingkungan tersebut.

·         12.Makhraj kedua belas:hujung lidah yang diangkat menekan pada gusi gigi gunting atas, keluar daripadanya huruf ta’( ط ),dal(د )dan ta’( ت).Cuma tekanan udara pada makhrajnya yang berlainan menyebabkan sebutan itu kuat atau lemah, diantaranya huruf ta’(ط) yang paling kuat,berikutan huruf dal( د).ketiga-tigahurufini juga digelarkan huruf lingkungan langit-langit keras(نطعية  )kerana keluarnya daripada langit-langit keras(bahagian gusi gunting atas) dengan tekanan hujung lidah padanya.

·         13.Makhraj ketiga belas:Hujung lidah yang ditekankan pada belakang gigi gunting bawah, di antara bahagian depan lidah dan langit-langit keras, keluar daripadanya huruf sad( ص ), sin( س ) dan zay(ز). Cuma tekanan udara pada makhrajnya  yang berlainan menyebabkan sebutan

 huruf itu kuat atau lemah,di antaranya huruf sad( ص )yang paling kuat, berikutnya huruf zay( ز ).ketiga-tigahuruf inijuga digelarkan huruf lingkungan hujung lidah( أسلية ) kerana keluar daripadanya lingkungan tersebut.

·         14.Makhraj keempat belas:Hujung lidah yang dikeluarkan terletak diantara hujung gigi gunting atas dan hujung gigi gunting bawah, dimana tekanan hujung lidah pada hujung gigi gunting atas, keluar daripadanya huruf za’( ظ ), zal( ذ )dan tha’( ث ). Cuma tekanan udara pada makhrajnya yang berlainan menyebabkan sebutan itu kuat atau lemah,diantaranya huruf za’(  ظ  ), yang paling kuat atau lemah, berikutnya huruf zal( ذ ). Ketiga-tiga huruf ini juga digelarkan huruf linkungan gusi( لثوية ) kerana keluarnya daripada hujung lidah dan kawasan hujung gigi gunting atas membetulkan kedudukan gusi.

Daripada makhraj kelima hingga makhraj keempat belas (sebanyak sepuluh makhraj), keluar daripadanya sebanyak lapan belas huruf, semuanya dikira daripada bahagian lidah.

·         15.Makhraj kelima belas: Bibir mulut dalam sebelah bawah diangkat mengenai hujung gigi gunting atas, keluar daripadanya huruf fa’(  ف  ).

·         16. Makhraj keenam belas: Dua bibir mulut apabila bila dibulatkan muncung kehadapan ecara terbuka, keluar daripadanya huruf wau( و ) dan apabila dua bibir dirapatkan secara ringan, keluar daripadanya huruf ba’( ب )dan min( م ). Keempat-empat  huruf ini: fa’( ف ), wau( و ), ba’( ب )dan min( م )juga digelarkan huruf lingkungan bibir mulut( شفوية   ) kerana keluarnya daripada lingkungan tersebut.

·         17.Makhraj ketujuh belas: pangkal hidung, apabila tepi hujung lidah diangkat kelangit-langit keras menekan pada gusi gigi depan sebelah atas yang menjadi tempat sekatan udara, dan langit-langit lembut diturunkan, kemudian menekan udara dari paru-paru melalui rongga kerongkong, langit-langit lembut dan masuk ke hidung dan keluar, maka keluarlah daripadanya bunyi dengung(sengau) bagi huruf nun( ن ). Apabila dua bibir mulut ditutupmenjadi sekatan udara dan langit-langit lembut diturunkan, kemudian menekan udara dari paru-paru melalui rongga kerongkon, langit-langit lembut dan masuk ke hidung dan keluar, maka keluarlah daripadanya bunyi dengung bagi huruf mim( م ). Hnaya huruf nun( ن ) dan huruf mim( م )yang bersifat degung. Mengenai tertib kesempurnaan dengung kedua-duanya sila rujuk tajuk “hukum nun dan mim bersabdu(bertasdid)”

                                                                                                                                                  <keatas>