Laman utama>petikan>buah pinggang

PENYAKIT BUAH PINGGANG

Buah Pinggang Menapis Kotoran Dalam TubuhBUAH PINGGANG MENAPIS KOTORAN DALAM TUBUH

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair
di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang’ Manakala
perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma
ia lebih khusus lagi.
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam
cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga
membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini
memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup
serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi
sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan
tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Bagaimana buah pinggang bekerja?
Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang
rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang.
Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke
pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk
bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar
buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino,
garam dan bahan kotoran daripada darah. Buah pinggang berupaya melakukan proses
ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan
yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub
kecil. Tiub iru dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang
diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah
pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis
ini me~ ngandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air
kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra.
Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah
pinggang.


Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang
terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air
terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah
yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara
automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh
kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang
mengumpul jumlah air yang cukup.


Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air
kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem
ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan
sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit
pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini
biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus
membiak di dalam air kencing yang terkumpul.


Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun
boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya
pendek menyebabkan bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita
membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini
mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca
daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini.
Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda
berkurangan. Ini mungkin disebabkan dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah
atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah
pinggang atau tersumbat.


Batu karang

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini
terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'.
Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan
jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah
pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu
karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan.
Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini
juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.


Meningkat tua

Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang
berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada
menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita
juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah
di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah
tinggi atau kencingmanis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

Dialisis buah pinggang
Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet
khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah
pinggang ditemui.
Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi
berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk
menapis darah. Teknologi perubatan mencipta proses dinamakan dialisis yang
menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pmggang
tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat
meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Rawatan ini
mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh
menerimanya. Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair
berlebihan harus disekat.


Pemindahan buah pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan
buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati
kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang
baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang
mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang
dihadapi tubuh penerima.
Buah pinggang gagal berfungsi
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan
tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam
kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).
Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. 

Antaranya ialah - :
  1. Keturunan
  2. Jangkitan
  3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
  4. Diabetes mellitus
  5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak
  diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak
sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Kegagalan buah pinggang kronik
Apabila seseorang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, ia akan sakit
teruk selama beberapa bulan dan mengalami anaemia. Buah pinggang terus
mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap
bahan yang berguna. Kegagalan buah pinggang kronik disebabkan beberapa penyakit
seperti jangkitan kronik, diabetes atau pengambilan dadah berlebihan.

Tanda-tanda kronik
Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu
malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka,
gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat
dilihat di kuku tangan.

Rawatan
Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui
pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya
gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein.
Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?
Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu.
Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.

Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?
Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka
boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh.
Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian
dalam sukan atau aktiviti rekreasi.

Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?
Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit
perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam
rawatan.
Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan
akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga
55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah
pinggang semakin bertambah.

Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh
dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata
serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini
memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam
diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air
kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.
WANITA, JULAI 1997, M/S 110-112

 <kembali><seterusnya><keatas>