Laman utama>petikan>Batu karang

PENYAKIT BATU KARANG

AbuaAkmal Page : Petua : Penyakit Batu Karang Rawatan tradisional, moden & komplimentariPenyakit 
Batu Karang Penyakit Batu Karang Penyakit Batu Karang  
Rawatan tradisional, moden & komplimentari 
Oleh: DR. OSMAN NASIR PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu 
(kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang 
tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit 
ini. Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing Batu karang dikenali dalam 
istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis. Batu 
karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik 
dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur 
ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. 
Penyumbang atau kerosakan yang 
disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di 
kawasan pinggang atau kawasan organ seks. Rasa sakit ini disebut kolikrenal 
(renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya 
pengumpulan bakteria. Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka 
yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di 
saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang 
disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk 
metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain). 

Batu karang hempedu Batu karang boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik

dan duktus hempedu. 
Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang 
pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, 
pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian 
(misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan 
seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza. 
Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, 
demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir 
menjalar ke bahu kanan. 
Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. 
Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan 
kolangitis. Pemakanan tradisional Cina Ahli perubatan tradisional Cina 
menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang. 120 gm walnut 
digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan 
blander dan ditambah gula hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu 
karang, mengikut laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau 
hancur seperti pasir (Chinese system of Food Cures - Henry C Liu) Perubatan 
tradisional Melayu Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai 
banyak cara rawatan untuk batu karang. 
Contohnya ialah:- Ambil lembayung 
(Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum), 
makan. Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek; telan 
tiga pagi. Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, 
bunga dan akarnya. Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam 
mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum. Ambil seduayah (Woodfordia 
fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica); 
pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu 
tutup dengan tanah liat dan bakar. Kemudian minum airnya dan makan isinya. 
(Warisan Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP). 
Dalam buku warisan Ubat 
Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut beberapa 
lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti 
Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides) Untuk rawat batu hempedu; dan untuk 
batu karang di buah pinggang dan saluran kencing. Bahan herba ialah seperti 
calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear); 
Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda 
(Stachytapheta jamaicensis). Rawatan moden Allopathy Pesakit akan diberi 
beberapa jenis ubat menahan kesakitan dan untuk mengeluarkan batu, jika tidak 
berjaya pembedahan akan dilakukan untuk keluarkan batu karang. Rawatan moden 
Komplimentari (Homeopathy) Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan 
banyak ubat-ubatan tanpa dadah dan tanpa racun dan tidak ada kesan sampingan. Di 
antaranya ialah: Calcarea Carbonica - diberi makan setiap 15 minit bila sakit 
sangat. Berberis Vulgaris - juga boleh diberi setiap 15 minit hingga lega. 
Lain-lain penawar yang boleh membantu merawat batu karang ialah Chinonanthus 
Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album, Discorea, Chelidonium, Cardus marinus, 
Gelsemiun, Magnesia Phos. Ubat-ubat ini juga boleh dimakan untuk mengawal batu 
karang jangan berulang kembali. (Penyakit-penyakit dan rawatan dengan Homeopathy 
oleh Prof. Dr. Mohamad Hj. Yaacob) Merawat, mencegah batu Karang dengan 
pemakanan Penulis wanita Amerika terkenal, Adelle Davis menyalahkan manusia 
sendiri kerana penyakit batu karang - tidak menjaga apa yang dimakan dan 
memastikan zat secukupnya. Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. 
Bahan yang penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan 
magnesium. Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar - sardin dalam tin, 
makanan segera yang biasanya tidak berzat, junk foods - semuanya membantu kepada 
timbulnya berbagai penyakit termasuk batu karang. Kita mesti pastikan makanan 
kita adalah dari bahan segar, baru, sayur-sayuran segar baru, sayur-sayuran 
segar dari kampung atau tanam sendiri dan banyak minum air bersih. Selain dari 
menjaga pemakanan kita mesti juga melakukan senaman setiap hari bagi umat Islam 
jangan tinggal solat fardhu serta ditambah dengan solat-solat sunat. Insya-Allah 
kita akan menjadi sihat wal'afiat. 
						             

 

<kembali><seterusnya><keatas>